Thursday, December 31, 2009
Ada ke ulat , hama resdung ?
Ini satu lagi permainan perawat tradisional. Jawapannya TIADA. Tidak perlu keliru lagi.
Tuesday, December 15, 2009
Resdung bukan kanser...
Tidak sama sekali. Kanser lain, resdung lain. Mungkin anda biasa terjumpa di pasar-pasar malam, penjual ubat resdung menayangkan gambar- gambar yang menakutkan seperti terlopong hidung, bengkak leher dan sebagainya...itu bukan resdung. Itu kanser.
Resdung tak macam tu. Kalaulah resdung macam tu, cubalah anda bayangkan, penghidap resdung terlampau ramai...tentulah ramai yang berjalan di kalangan kita yang terlopong hidungnya, bengkak lehernya...tetapi mana ada, semuanya normal sahaja.

Ada ke resdung jerawat..
Jerawat dan resdung adalah dua masalah yang berbeza. Ini cuma eksploitasi pengubatan tradisional , yang bagi saya lebih kepada nak menjual ubat-ubat mereka. Cuba kita baca balik definisi resdung yang telah saya jelaskan dalam posting terdahulu...resdung hanya melibatkan saluran pernafasan sahaja. Jadi tidak sepatutnya istilah resdung digunakan untuk organ- organ badan yang lain.
Apa itu paranasal sinuses?
Paranasal sinuses terdapat hanya di bahagian muka dan dalam berpasangan. Nama- nama rongga sinus diberi nama mengikut kedudukan anatominya seperti Frontal, Ethmoidal, Maxillary dan sphenoid. Ia tiada fungsi khusus cuma ruang udara yang kemungkinan besar untuk meringankan berat tengkorak kepala.
Theori terbaru resdung mengatakan ia termasuk dalam spektrum penyakit yang melibatkan saluran pernafasan dari alveoli hinggalah ke sinus dan hidung. Seringkali resdung dikaitkan dengan asthma dan masalah saluran pernafasan yang lain.
Apa itu resdung
Resdung dikenali sebagai sinusitis dalam dunia perubatan. Resdung adalah penyakit yang melibatkan keradangan paranasal sinus yang boleh disebabkan samada oleh jangkitan (infection) atau keradangan sel- sel membran yang meliputi rongga- rongga sinus.(inflammation).
Pengkelasan terbaru resdung dalam dunia perubatan kini dikenali sebagai rhinosinusitis kerana jangkitan atau radang sinus tidak boleh tidak mesti melibatkan terlebih dahulu kawasan hidung (rhinitis).
Pengkelasan terbaru resdung dalam dunia perubatan kini dikenali sebagai rhinosinusitis kerana jangkitan atau radang sinus tidak boleh tidak mesti melibatkan terlebih dahulu kawasan hidung (rhinitis).
Subscribe to:
Comments (Atom)